Sunday 26 February 2012

Makluman

  • Pendaftaran Untuk Kelas Intensif Cuti Sekolah Kini Dibuka.. Tempat Adalah Terhad.

Saturday 25 February 2012

Al-Baghdadi

Albaghdadi adalah sebuah konsultan bumiputra yang giat mengendalikan program Tranformasi Pendidikan Al-Quran menerusi Kursus Pengajaran & Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi kepada pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.

Bersumberkan pengalaman hampir 10 tahun dalam pendidikan al quran, dimantapkan lagi denan teknik kontemporari menggunakan pendekatan SAS (Menali dan menyebut kalimah secara struktur,Analisis dan Sintesis ) beserta penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) , Teknik Al-Baghdadi berjaya menarik minat ramai dan menjadikan pendidikan al-quran lebih inovatif,efektif, dan futuristik. Lebih menarik suasana pembelajaran amat menyeronokkan.

Al-Baghdadi turut menampilkan beberapa modul program menerusi Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi, Kursus Perunding sebagai syarat menjadi Guru/Usahawan Teknik Al-baghdadi, Kursus Pendidikan Teknik al-baghdadi Pra Sekolah, Kem smart Quran ( KSQ ) untuk remaja. bengkel tajwid, kelab al-baghdadi ( Kelas Pemulihan al-quran Dewasa dan kanak-kanak ) & latihan Teknik serta siri taklimat di mana-mana.

Alhandulillah, teknik al- baghdaditelah mempermudahkan tugas para pengajar al-quran di kelas-kelas pengajian dan mencetuskan keceriaan di kalangan pelajar/peserta. Berdasarkan testimoni, program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak mula diperkenalkan pada Mei 2009. Setakat ini lebih 9000 peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari kalangan guru-guru, pensyarah, warga kerja, ibu bapa, mahasiswa, pelajar, remaja dan termasuklah kanak-kanak yang dijalankan di seluruh negara.